Tuesday, November 6, 2012

BAB 1 : SISTEM PENGOPERASIAN


UNIT 1 :   PENGENALAN

 

1.0          Konsep Umum Sistem Pengoperasian

 

Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.

 

Dalam bidang perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer. Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya, semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.

 

Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua  urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.

 

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat  diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.
 
 



Sejarah Sistem Pengoperasian

Perkembangan sistem pengoperasian boleh dibahagikan kepada 4 generasi utama.

 
Generasi Pertama (1945 – 1955) – Tiub vakum dan papan palam


Dalam generasi yang pertama ini beberapa saintis telah berjaya membina sebuah mesin pengira yang menggunakan tiub vakum.  Sistem ini menggunakan beribu-ribu tiub vakum yang memenuhi seluruh ruang bilik,  tetapi tindakbalas terlalu perlahan meskipun harganya murah jika dibandingkan dengan komputer yang ada masa kini.


Dalam masa tersebut,  sekumpulan manusia merekabentuk,  membina dan mengendalikan satu mesin.  Semua aturcara dibuat menggunakan bahasa mesin dengan menyambungkan papan palam untuk mengawal fungsi asas sesuatu mesin.  Awal 50-an kad tebuk diperkenalkan.
 

Generasi Kedua (1955-1965) – Transistor dan Sistem Berkelompok 


Pertama kalinya ada pengasingan di antara perekabentuk,  pembina,  pekerja,  juruaturcara dan penyelenggara sesebuah mesin.  Mesin ini cuma boleh dikendalikan oleh pekerja profesional.  Hanya syarikat yang besar,  badan kerajaan dan universiti sahaja yang mampu memiliki mesin ini.  Sistem ini banyak membuang masa,  maka dari itu sistem berkelompok diperkenalkan.


Idea sistem berkelompok ini adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat sebagai masukan dan disalin ke pita bermagnet dengan menggunakan komputer kecil tapi mahal seperti IBM 1401.  Komputer ini sangat baik dalam membaca kad,  menyalin pita dan menghasilkan keluaran tetapi tidak bagus dalam pengiraan.


Generasi Ketiga (1965-1980) – Litar Bersepadu dan Multi-pengaturcaraan
 

Awal 60-an kebanyakan pembuatan komputer terdapat dua perbezaan utama.  Pertama komputer 7094 direkabentuk untuk kegunaan pengiraan matematik dalam sains dan kejuruteraan.  Komputer 1401 pula penggunaannya sangat meluas dalam menyusun pita dan mencetak.  Sering digunakan oleh bank dan syarikat insuran.
Sistem multi-pengaturcaraan mula diperkenalkan untuk komputer 7094.  sistem ini direka untuk mengelakkan masa menunggu terlalu lama.  Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan membahagikan ingatan kepada beberapa ruang dengan fungsi setiap bahagian yang berbeza.
Generasi Ke-empat (1980-1990) – Komputer Peribadi
 
Kebanyakan komputer peribadi ini digunakan dalam bidang perniagaan, 
universiti dan badan kerajaan dengan menggunakan satu stesen kerja yang disambung dengan menggunakan rangkaian.  Komputer peribadi ini mudah digunakan dan mempunyai perisisan yang canggih.  Pertengahan 80-an rangkaian komputer peribadi ini menjalankan sistem pengoperasian rangkaian dan sistem pengoperasian agihan.
 
1.1       Definisi Sistem Pengoperasian
 
Sistem pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu komputer.  Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna,  menjadualkan kerja,  menguruskan storan dan mengendalikan komunikasi dengan persisian.  Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.
 
1.2          Kegunaan Sistem pengoperasian
            Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-
                      i.        Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
                     ii.        Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
                    iii.        Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
                   iv.        Mengendalikan input output
                    v.        Mengendalikan sampukan
                   vi.        Menguruskan ingatan


1.3       Jenis-jenis Sistem Pengoperasian



1.3.1    Pemprosesan Berkelompok

Sistem di luar talian telah mengurangkan masalah pergantungan input output kepada tenaga manusia.  Dalam usaha untuk menghapuskan langsung ini,  suatu teknik yang tertentu diperlukan bagi membolehkan input output dikendalikan serentak dengan pemprosesan.  Teknik ini telah dapat digunakan dengan terciptanya dua perkakas yang dikenali sebagai pemprosesan input output atau saluran dan sampukan.

 

Pemprosesan input output seperti yang telah disebutkan adalah satu peranti yang boleh mengawal satu atau lebih periferal atau ingatan tanpa melalui pemproses pusat.  Sampukan pula adalah satu isyarat yang memindahkan kawalan pemproses pusat kepada satu lokasi yang tertentu dan pada masa yang sama juga menyimpan nilai pembilang arahan yang lepas.  Justeru itu sampukan akan menyebabkan satu-satu aturcara yang sedang dilaksanakan pada masa itu akan dihentikan untuk sementara waktu tetapi boleh disambungkan semula pada masa akan datang.

 

Sampukan yang datangnya daripada pemproses input output boleh digunakan sebagai isyarat yang menandakan bahawa perpindahan data telah selesai dilakukan.  Justeru itu pemproses pusat boleh memulakan perpindahan data dan kemudiannya meneruskan pemprosesan semasa saluran mengawal perpindahan tersebut.  Apabila perpindahan data itu selesai,  saluran akan menghantar isyarat kepada pemproses pusat.

 

Dengan itu kerja-kerja boleh dibaca ke dalam satu media yang sesuai,  biasanya cakera ataupun drum dan   kemudian melaksanakannya satu demi satu pada masa kerja-kerja lain sedang dibaca.  Untuk menentukan kerja yang sepatutnya dijalankan pada suatu ketika satu rutin tambahan telah digunakan. Rutin ini dikenali sebagai penjadual.

 

1.3.2      Multi-pengaturcaraan

 

Sistem berkelompok satu aliran ini telah menimbulkan pembaziran kerana pada setiap ketika keseluruhan mesin ditumpukan hanya untuk melaksanakan satu kerja,  tanpa mengira sebesar mana kerja tersebut.  Masalah ini telah dapat diatasi dengan menggunakan idea multi-pengaturcaraan iaitu satu teknik untuk menjalankan beberapa aturcara pada satu mesin pada masa yang sama.  Beberapa aturcara dimasukkan ke dalam ingatan secara serentak dan pemproses pusat membahagikan masa untuk memproses tiap-tiap aturcara tersebut.  Semasa perlaksanaan program-program biasanya dilihat kepada 2 fasa iaitu intensif-komputeran (kotak lorek) dan intensif i/o (tanpa lorek).


Rajah 1.3.3b   Perlaksanaan Multiprogram




Berdasarkan Rajah 1.3.3a Perlaksanaan Berjujukan,  program-program sesiri menyebabkan sama ada pemproses atau peranti i/o menjadi idle pada suatu masa walaupun kerja-kerja input sentiasa ada.  Cara mengatasi masalah ini ialah dengan senario (b) Perlaksanaan Multi-pengaturcaraan. 

 

Bermulanya dengan pemproses melaksanakan program 1,  kemudian program 1 perlu tunggu peranti i/o maka pada masa yang sama program 2 dilaksanakan oleh pemproses.  Bila sebahagian kerja program 2 habis,  pemproses diakhirkan kepada program 1 semula,  begitulah seterusnya.  Dengan ini prestasi o.s meningkat dengan beberapa program dilaksanakan serentak,  penggunaan pemproses 100%.

 

1.3.3      Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing System)

 

·         Sistem ini sangat popular dalam mewakili sistem multi-pengaturcaraan,  multi-user.  Kebiasaannya sistem CAD dan pemprosesan teks menggunakan sistem perkongsian masa.

·         Objektif utama sistem multi-user dan time sharing adalah masa tindakbalas yang baik.

·         Penjadualan : Round Robin (ada masa insan (time slicing)).

·         Program yang dilaksanakan mempunyai giliran keutamaan yang meningkat  semasa menunggu dan menurun selepas khidmat diikut.

·         Pengurusan ingatan : Resident program,  time sharing menyediakan perlindungan dan mengasingkannya,  kawalan ke atas perkongsian perlu untuk memelihara ingatan semasa pertukaran data dan program.

·         Biasanya dalam sistem time-sharing,  program-program jarang  berkomunikasi di antara 1 masa laian kerana hanya untuk pengguna yang berlainan.

·         Pengurusan i/o : mesti canggih kerana mengendalikan multi-user dan peranti-peranti.  Pemproses ke atas sampukan terminal tidak perlu masa kritikal  kerana kelajuan terminal dan pengguna adalah kelajuan terminal dan pengguna adalah relatifnya perlahan.

·         Memastikan kesepaduan (integrity) sistem dan prestasi yang baik apabila membuat perlokasian dan lokasi semula peranti-peranti.

·         Pengurusan fail : capaian fail boleh serentak,  ada kemungkinan berlaku percubaan capaian yang konflik maka pengurusan fail mesti menyediakan kawalan perlindungan (protection dan capaian serentak)

 

Sistem Masa Nyata

 

Sistem ini digunakan dalam persekitaran bilangan peristiwa yang banyak dan diproses masa yang singkat.  Contoh,  penggunaannya ialah kepada industri kawalan,  peralatan pensuisan telefon,  kawalan kapalterbangdan simulasi masa nyata.  Biasanya digunakan pada ketenteraan.

 

Objektif utama :

·         sistem masa-nyata adalah  menyediakan masa tindakbalas ke atas sesuatu kejadian dengan pantas dan memenuhi penjadualannya.

 

Objektif kedua:

·         mempertimbangkan keselesaan pengguna dan penggunaan sumber bahan.

·         Penjadualan ingatan : Secara perbandingan dengan jenis multi-pengaturcaraan yang lain,  sistem ini kurang permintaan ke atas pengurusan ingatan. 

Sebabnya banyak proses-proses berada dalam ingatan permanent’ supaya mendapat maklumbalas dengan cepat. 

Pergerakan di antara ingatan utama dan ingatan sekunder adalah sedikit.

·         Pengurusan Peranti : Masa kritikal pengurusan peranti adalah satu daripada ciri-cirinya.  Ciri-ciri tambahan seperti mengurus sampukan dan i/o ‘buffering’ serta menyediakan panggilan sistem supaya membenarkan pengguna berhubungan antara satu sama lain.

·         Pengurusan Fail : Biasanya sistem masa nyata yang besar saja ada storan sekunder,  contoh : kawalan otomatif tidak langsung memerlukan storan sekunder  walaubagaimanapun jika ianya ada dalam sistem ini maka semua   keperluan yang terdapat pada sistem  multi-pengaturcaraan yang lain perlu ada kepada sistem masa nyata. 

·          

Objektif utama pengumpul adalah kelajuan capaian bukannya  penggunaan storan sekunder yang berkesan.

 

1.3.4      Sistem Pengoperasian Agihan (Distributed O.S)

 

Sistem komputer agihan adalah satu gagasan sistem komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan dan perisian (saling berhubung melalui hubungan komunikasi dan protokol).

           

Objektif utama sistem pengoperasian ini adalah lutsinar.  Iaitu pengagihan komponen dan sumberbahan disorok dari pengetahuan pengguna dan program applikasi melainkan jika diminta.

 

Sistem ini menyediakan perkongsian sumberbahan,  mengurus capaian jauh sumberbahan,  komunikasi dengan proses-proses yang jauh dan sebagainya.  Dalam menyatukan sumberbahan berkongsi maka di antara perkhidmatan yang perlu adalah ‘global naming’,  sistem fail agihan dan menyelia pengagihan pengkomputeran seperti komunikasi internal proses dan panggilan jauh subrutin.

 

1.4          Contoh-contoh Sistem Pengoperasian.

 

Terdapat beberapa contoh Sistem Pengoperasian yang terdapat dalam pasaran sekarang seperti  :-

 

                      i.        MS-DOS (PC-DOS) O.S - Single-user,  single process.

                     ii.        Unix O.S - multi-user time sharing O.S.

                    iii.        iRMX86 o.s. - real-time o.s oleh intel.

                   iv.        WINDOWS

                    v.        OS2 dan lain-lain lagi.






















































































 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, November 3, 2012

Kehidupan Di Politeknik Merlimau Melaka 2010-2012



                                                                                            

              Assalammualaikum w.b.t, kepada pembaca yang membaca blog ini, nama aku Muhammad Fadil, no pndaftran 14dem09f2033. Aku diberi tugasan untuk menceritakan kisah perjlanan hdup di politeknik merlimau ini. Kisah aku bermula, ketika aku lambat nak sign up tok poli merlimau ni. Mula2 aku masuk kat poli budak yang pertama aku jumpe adalah Shougi. Die ni monitor bagi budak2 DEM yang pada mase tu die memang nak sangat tolong aku sampai skip klas die. DEM mewakili nama kursus yang aku amek iaitu Dip. Kejuruteraan Mekatronik. Sepanjang menjalani proses pembelajaran di sini, macam2 bende telah aku pelajari terutamanya tentang kawan. Memilih kawan yang betul adalah memang sangat penting apabila masuk kat tmpat blajar. X kisah la ianya berada di mana2pun tetapi sifat dan sikap kite akan mencerminkan siapa kawan yang kter tlah pilih. Semester pertama aku, stay kat kamsis. Dapat juga duduk dkat situ dan dapat ramai kawan kat situ.

              Stiap ptg ak akan main bola bersama kawan2 aku. Mse ujian akhir, ak dpat kptusan yg bgitu cmerlang dan ak rse mmng bleh skor ddlam krsus yang ak amek ni. Masuk semester 2, ak dh x duduk kt kmsis lgi. Shougi monitor bdak2 DEM tlah brhnti dripada poli tnpe mmberitahu ak masalahnya. Monitor bru yg di ganti pada mse tu adalah farid. Ak brbncang ngan 6 kwan aku yng lain iaitu farid, fathi, zakwan, zulhilmi, yunus, dan izzuddin untuk try cari umah sewa kt luar sne. Cari punyer cari last2 dpat juga rmah sewa kt luar dan untngnya dpat rumah yg murah dan brpatutan. Wlaupun xde prabot tpi rumah tu mmang sjuk walaupun x bkak kipas. pada sem ni ak ade jtuh sket dlam pmbelajran mngkin dsbbkan oleh dduk kt luar yang agk terbuka drpada dduk kt kmsis yang mmg xbleh bbas sngt. Kt luar juge ak slalu mnghbiskan duit mkan kt luar.

               Mse tu mule la ak pkir mcm nk aply blik jer kmsis tu. Msuk semester 3, farid monitor mse semster 2 dh pn brhnti. Die brhnti ade sbb iaitu die dpat twaran SPA dlm bidang pembantu perubatan. Die dpat plak pulak jauh tmpatnyer kat sarawak. Trpakselah die kalo nk balik melaka kene bli tiket sume. Smbung kepade kelas DEM tdi, undian pn tlah di buat dn akhirnyer ak di plih sbg ketua sbb ak dianggap dkat ngan farid sbgai ketua. Pmbeljaran pada smester ni adalah ok dan semuanya berjlan sprti biasa. Smester 4 plak adalah smster Ltihan Indstri (LI) bgi sume bdak2 poli yg amek diploma ini. Latihan indstri ini mmng bnyak mlatih pelajar untuk mngetahui pengalman dan bgaimana mndapat duit dengn ssahnye.

               Aku pade mse tu nasib baik dpat LI dekat dgn umah. Prjlanan prgi keje cume amek mse 15 mnit je naik motor. Kt situ mcam2 pralatan tknikal yang ak blajr. Walaupn ianya kilang besi biasa tpi pengalamn mengimpal pada besi itu mmng sngt2 brgune pada pljar2 poli trutamanya sbb apabila kter dh kluar dri poli, kiter ade kmahiran utk mngimpal dn xprlu lgi blajar lgi. Selama 6  blan di stu, pelbagai dugaan yg ak hadpi trutamanya pde mse hari puasa. Hari yg mmng mncabarkn sbb keje kt situ brat, rse cm nk minum air sgt2 tpi tkpe iman msih tebal, ak truskan gak wat keje cm biase tmbe ilmu sbnyak mngkin kt situ. Stlah mse brlalu utk LI, msuk plak smster  baru iaitu sem 5. Mse ni ak dh rse cm xnak blajar je sbb dh pgg duit nk blajar tu cm dh kurng tmbah plak dh lame x mnlis kt krtas. Tpi xpe ak truskan juga blajar mcm biase dn tiada mslah yg ak alami spnjang ak blajar tok sem ni.

                                          

               Msuk semster 6 dh sgguh brlainan skali. Aku rse mcm mse tu brgrak laju sgt. Rse macm smalam aku bru dftar kt poli tau2 dh nk dkat abes dh ni. Cabran utma dlm sem ni adalah Projek. Aku mmlih kwan tok projek adalah dri orang melake gak. Ia bkan ape cume kurng sket bban nk brgrak bli brang ker, sbb geng dh dkat sng sket nk berurusan. Projek pde kali ni dplih oleh pnyelaras adlah tntang robot pngangkat bongkah yang mmpnyai kelbihan yg trsndiri. Pde mse tklimat prtame projek tu, mmang ak trgamam sket sbab bkan aper, buat rbot bkan snang lar. Kalau inovasi kire ok lgi tpi mmndngkn krsus yg aku amek ni tntng robot jdik ak ngn team trpakse all out nk wat bnde ni. Nak mncari idea tok klbhan tupun msalah gak. Mcam2 bleh pkir tpi ssah nak wat. Last2 bncang punyer bncang ngan team dapt gak wat idea tok klebihan iaitu mltakkan kamera kt ats robot. Kirenyer cam kamera tu mnggantikan mata rbot dan kamera tsbut bleh di lihat trus melalui komputer secara langsng. Stlah hmpir 6 blan buat robot tu hari inovasi pn tibe. Bgi bdak DEM dan DTP klas di gabungkan dan di adakan bersama2. Mse hari prtndingan robot yng kami namekan FIZ-1000 ini tlah lpas dengan bbrape sarngan awal yg prtame. Ini kerane mngkin sbb robot kmi mmpunyai klebihan iaitu lbih laju dripada yang lain. Akhirnya smpai msenye tok final antara robot. Robot kmi akhirnyer mengalah juge krane mengalmi msalah tknikal pada prtndngn akhir. Tpi tkpe dpat naib johan pn kire bngga sbb ia akan ttap jdi knangan slmenyer pada team kami. Usaha yg telah di lakukn selame mmbuat robot ini juge brbaloi dn tdak mmbebankn sngt. Skrang team kmi sdang mmbuat report akhir untk di antr pada penyelaras utk di nilai. Pengalamn sprti ini memng sukar utk ak lupekan.

                                          


Sekian, Terima Kasih