Thursday, November 8, 2012
Tuesday, November 6, 2012
BAB 1 : SISTEM PENGOPERASIAN
UNIT 1 : PENGENALAN
1.0
Konsep Umum Sistem Pengoperasian
Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di
dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan
manusia.
Dalam bidang
perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas
dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer.
Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan
juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan
perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank
dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya,
semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.
Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua urusan kehidupan manusia, kita memahami cara
perjalanan sistem komputer.
Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari
unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output.
Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan
sahaja tidak dapat diguna bagi
melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer
mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.
Sejarah Sistem Pengoperasian
Perkembangan sistem pengoperasian boleh dibahagikan
kepada 4 generasi utama.
Generasi Pertama (1945 – 1955) – Tiub vakum dan papan
palam
Dalam
generasi yang pertama ini beberapa saintis telah berjaya membina sebuah mesin
pengira yang menggunakan tiub vakum.
Sistem ini menggunakan beribu-ribu tiub vakum yang memenuhi seluruh
ruang bilik, tetapi tindakbalas terlalu
perlahan meskipun harganya murah jika dibandingkan dengan komputer yang ada
masa kini.
Dalam
masa tersebut, sekumpulan manusia
merekabentuk, membina dan mengendalikan
satu mesin. Semua aturcara dibuat
menggunakan bahasa mesin dengan menyambungkan papan palam untuk mengawal fungsi
asas sesuatu mesin. Awal 50-an kad tebuk
diperkenalkan.
Generasi Kedua (1955-1965) – Transistor dan Sistem
Berkelompok
Pertama
kalinya ada pengasingan di antara perekabentuk,
pembina, pekerja, juruaturcara dan penyelenggara sesebuah
mesin. Mesin ini cuma boleh dikendalikan
oleh pekerja profesional. Hanya syarikat
yang besar, badan kerajaan dan
universiti sahaja yang mampu memiliki mesin ini. Sistem ini banyak membuang masa, maka dari itu sistem berkelompok
diperkenalkan.
Idea
sistem berkelompok ini adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat
sebagai masukan dan disalin ke pita bermagnet dengan menggunakan komputer kecil
tapi mahal seperti IBM 1401. Komputer
ini sangat baik dalam membaca kad,
menyalin pita dan menghasilkan keluaran tetapi tidak bagus dalam
pengiraan.
Generasi
Ketiga (1965-1980) – Litar Bersepadu dan Multi-pengaturcaraan
Awal
60-an kebanyakan pembuatan komputer terdapat dua perbezaan utama. Pertama komputer 7094 direkabentuk untuk
kegunaan pengiraan matematik dalam sains dan kejuruteraan. Komputer 1401 pula penggunaannya sangat
meluas dalam menyusun pita dan mencetak.
Sering digunakan oleh bank dan syarikat insuran.
Sistem
multi-pengaturcaraan mula diperkenalkan untuk komputer 7094. sistem ini direka untuk mengelakkan masa
menunggu terlalu lama. Penyelesaian yang
dilakukan adalah dengan membahagikan ingatan kepada beberapa ruang dengan
fungsi setiap bahagian yang berbeza.
Generasi Ke-empat (1980-1990) – Komputer Peribadi
Kebanyakan
komputer peribadi ini digunakan dalam bidang perniagaan,
universiti
dan badan kerajaan dengan menggunakan satu stesen kerja yang disambung dengan
menggunakan rangkaian. Komputer peribadi
ini mudah digunakan dan mempunyai perisisan yang canggih. Pertengahan 80-an rangkaian komputer peribadi
ini menjalankan sistem pengoperasian rangkaian dan sistem pengoperasian agihan.
1.1 Definisi Sistem Pengoperasian
Sistem
pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu
komputer. Ia memperuntukkan antara muka
pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna, menjadualkan kerja, menguruskan storan dan mengendalikan
komunikasi dengan persisian. Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem
pengoperasian.
1.2
Kegunaan Sistem pengoperasian
Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-
i.
Memastikan kerja-kerja pengguna dapat
dilakukan dengan teratur
ii.
Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
iii.
Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
iv.
Mengendalikan input output
v.
Mengendalikan sampukan
vi.
Menguruskan ingatan
1.3 Jenis-jenis Sistem Pengoperasian
1.3.1 Pemprosesan Berkelompok
Sistem di luar talian telah mengurangkan
masalah pergantungan input output kepada tenaga manusia. Dalam usaha untuk menghapuskan langsung
ini, suatu teknik yang tertentu
diperlukan bagi membolehkan input output dikendalikan serentak dengan
pemprosesan. Teknik ini telah dapat
digunakan dengan terciptanya dua perkakas yang dikenali sebagai pemprosesan
input output atau saluran dan sampukan.
Pemprosesan input output seperti yang telah
disebutkan adalah satu peranti yang boleh mengawal satu atau lebih periferal
atau ingatan tanpa melalui pemproses pusat.
Sampukan pula adalah satu isyarat yang memindahkan kawalan pemproses
pusat kepada satu lokasi yang tertentu dan pada masa yang sama juga menyimpan
nilai pembilang arahan yang lepas.
Justeru itu sampukan akan menyebabkan satu-satu aturcara yang sedang
dilaksanakan pada masa itu akan dihentikan untuk sementara waktu tetapi boleh
disambungkan semula pada masa akan datang.
Sampukan yang datangnya daripada pemproses
input output boleh digunakan sebagai isyarat yang menandakan bahawa perpindahan
data telah selesai dilakukan. Justeru
itu pemproses pusat boleh memulakan perpindahan data dan kemudiannya meneruskan
pemprosesan semasa saluran mengawal perpindahan tersebut. Apabila perpindahan data itu selesai, saluran akan menghantar isyarat kepada
pemproses pusat.
Dengan itu kerja-kerja boleh dibaca ke dalam
satu media yang sesuai, biasanya cakera
ataupun drum dan kemudian
melaksanakannya satu demi satu pada masa kerja-kerja lain sedang dibaca. Untuk menentukan kerja yang sepatutnya
dijalankan pada suatu ketika satu rutin tambahan telah digunakan. Rutin ini
dikenali sebagai penjadual.
1.3.2 Multi-pengaturcaraan
Sistem berkelompok satu aliran ini telah menimbulkan pembaziran kerana
pada setiap ketika keseluruhan mesin ditumpukan hanya untuk melaksanakan satu
kerja, tanpa mengira sebesar mana kerja
tersebut. Masalah ini telah dapat
diatasi dengan menggunakan idea multi-pengaturcaraan iaitu satu teknik untuk
menjalankan beberapa aturcara pada satu mesin pada masa yang sama. Beberapa aturcara dimasukkan ke dalam ingatan
secara serentak dan pemproses pusat membahagikan masa untuk memproses tiap-tiap
aturcara tersebut. Semasa perlaksanaan
program-program biasanya dilihat kepada 2 fasa iaitu intensif-komputeran (kotak
lorek) dan intensif i/o (tanpa lorek).
Rajah 1.3.3b Perlaksanaan Multiprogram |
Berdasarkan Rajah 1.3.3a Perlaksanaan Berjujukan, program-program sesiri menyebabkan sama ada
pemproses atau peranti i/o menjadi idle pada suatu masa walaupun kerja-kerja
input sentiasa ada. Cara mengatasi
masalah ini ialah dengan senario (b) Perlaksanaan Multi-pengaturcaraan.
Bermulanya dengan pemproses melaksanakan program 1, kemudian program 1 perlu tunggu peranti i/o
maka pada masa yang sama program 2 dilaksanakan oleh pemproses. Bila sebahagian kerja program 2 habis, pemproses diakhirkan kepada program 1
semula, begitulah seterusnya. Dengan
ini prestasi o.s meningkat dengan beberapa program dilaksanakan serentak, penggunaan pemproses 100%.
1.3.3 Sistem
Perkongsian Masa (Time Sharing System)
·
Sistem
ini sangat popular dalam mewakili sistem multi-pengaturcaraan, multi-user.
Kebiasaannya sistem CAD dan pemprosesan teks menggunakan sistem
perkongsian masa.
·
Objektif
utama sistem multi-user dan time sharing adalah masa tindakbalas yang baik.
·
Penjadualan : Round Robin (ada masa insan
(time slicing)).
·
Program
yang dilaksanakan mempunyai giliran keutamaan yang meningkat semasa menunggu dan menurun selepas khidmat
diikut.
·
Pengurusan
ingatan : Resident program, time sharing
menyediakan perlindungan dan mengasingkannya,
kawalan ke atas perkongsian perlu untuk memelihara ingatan semasa
pertukaran data dan program.
·
Biasanya
dalam sistem time-sharing,
program-program jarang
berkomunikasi di antara 1 masa laian kerana hanya untuk pengguna yang
berlainan.
·
Pengurusan
i/o : mesti canggih kerana mengendalikan multi-user dan peranti-peranti. Pemproses ke atas sampukan terminal tidak
perlu masa kritikal kerana kelajuan
terminal dan pengguna adalah kelajuan terminal dan pengguna adalah relatifnya
perlahan.
·
Memastikan kesepaduan (integrity) sistem dan
prestasi yang baik apabila membuat perlokasian dan lokasi semula
peranti-peranti.
·
Pengurusan
fail : capaian fail boleh serentak, ada
kemungkinan berlaku percubaan capaian yang konflik maka pengurusan fail mesti
menyediakan kawalan perlindungan (protection dan capaian serentak)
Sistem Masa Nyata
Sistem ini digunakan dalam persekitaran bilangan
peristiwa yang banyak dan diproses masa yang singkat. Contoh,
penggunaannya ialah kepada industri kawalan, peralatan pensuisan telefon, kawalan kapalterbangdan simulasi masa
nyata. Biasanya digunakan
pada ketenteraan.
Objektif
utama :
·
sistem masa-nyata adalah menyediakan masa tindakbalas ke atas sesuatu
kejadian dengan pantas dan memenuhi penjadualannya.
Objektif
kedua:
·
mempertimbangkan keselesaan pengguna dan
penggunaan sumber bahan.
·
Penjadualan
ingatan : Secara perbandingan dengan jenis multi-pengaturcaraan yang lain, sistem ini kurang permintaan ke atas
pengurusan ingatan.
Sebabnya banyak proses-proses berada dalam ingatan
permanent’ supaya mendapat maklumbalas dengan cepat.
Pergerakan di antara ingatan utama dan ingatan sekunder
adalah sedikit.
·
Pengurusan
Peranti : Masa kritikal pengurusan peranti adalah satu daripada
ciri-cirinya. Ciri-ciri tambahan seperti
mengurus sampukan dan i/o ‘buffering’ serta menyediakan panggilan sistem
supaya membenarkan pengguna berhubungan antara satu sama lain.
·
Pengurusan
Fail : Biasanya sistem masa nyata yang besar saja ada storan sekunder, contoh : kawalan otomatif tidak langsung
memerlukan storan sekunder
walaubagaimanapun jika ianya ada dalam sistem ini maka semua keperluan yang terdapat pada sistem multi-pengaturcaraan yang lain perlu ada
kepada sistem masa nyata.
·
Objektif utama pengumpul adalah kelajuan capaian
bukannya penggunaan storan sekunder yang
berkesan.
1.3.4 Sistem Pengoperasian Agihan (Distributed O.S)
Sistem komputer agihan adalah satu gagasan sistem
komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan dan
perisian (saling berhubung melalui hubungan komunikasi dan protokol).
Objektif utama sistem pengoperasian ini adalah
lutsinar. Iaitu pengagihan komponen dan
sumberbahan disorok dari pengetahuan pengguna dan program applikasi melainkan
jika diminta.
Sistem ini menyediakan perkongsian sumberbahan, mengurus capaian jauh sumberbahan, komunikasi dengan proses-proses yang jauh dan
sebagainya. Dalam menyatukan sumberbahan
berkongsi maka di antara perkhidmatan yang perlu adalah ‘global naming’, sistem fail agihan dan menyelia pengagihan
pengkomputeran seperti komunikasi internal proses dan panggilan jauh subrutin.
1.4
Contoh-contoh Sistem Pengoperasian.
Terdapat
beberapa contoh Sistem Pengoperasian yang terdapat dalam pasaran sekarang
seperti :-
i.
MS-DOS (PC-DOS) O.S - Single-user, single process.
ii.
Unix O.S - multi-user time sharing O.S.
iii.
iRMX86 o.s. - real-time o.s oleh intel.
iv.
WINDOWS
v.
OS2 dan lain-lain lagi.
Saturday, November 3, 2012
Kehidupan Di Politeknik Merlimau Melaka 2010-2012
Assalammualaikum w.b.t, kepada pembaca yang membaca blog ini, nama aku Muhammad Fadil, no pndaftran 14dem09f2033. Aku diberi tugasan untuk menceritakan kisah perjlanan hdup di politeknik merlimau ini. Kisah aku bermula, ketika aku lambat nak sign up tok poli merlimau ni. Mula2 aku masuk kat poli budak yang pertama aku jumpe adalah Shougi. Die ni monitor bagi budak2 DEM yang pada mase tu die memang nak sangat tolong aku sampai skip klas die. DEM mewakili nama kursus yang aku amek iaitu Dip. Kejuruteraan Mekatronik. Sepanjang menjalani proses pembelajaran di sini, macam2 bende telah aku pelajari terutamanya tentang kawan. Memilih kawan yang betul adalah memang sangat penting apabila masuk kat tmpat blajar. X kisah la ianya berada di mana2pun tetapi sifat dan sikap kite akan mencerminkan siapa kawan yang kter tlah pilih. Semester pertama aku, stay kat kamsis. Dapat juga duduk dkat situ dan dapat ramai kawan kat situ.
Stiap ptg ak akan main bola bersama kawan2 aku. Mse ujian akhir, ak dpat kptusan yg bgitu cmerlang dan ak rse mmng bleh skor ddlam krsus yang ak amek ni. Masuk semester 2, ak dh x duduk kt kmsis lgi. Shougi monitor bdak2 DEM tlah brhnti dripada poli tnpe mmberitahu ak masalahnya. Monitor bru yg di ganti pada mse tu adalah farid. Ak brbncang ngan 6 kwan aku yng lain iaitu farid, fathi, zakwan, zulhilmi, yunus, dan izzuddin untuk try cari umah sewa kt luar sne. Cari punyer cari last2 dpat juga rmah sewa kt luar dan untngnya dpat rumah yg murah dan brpatutan. Wlaupun xde prabot tpi rumah tu mmang sjuk walaupun x bkak kipas. pada sem ni ak ade jtuh sket dlam pmbelajran mngkin dsbbkan oleh dduk kt luar yang agk terbuka drpada dduk kt kmsis yang mmg xbleh bbas sngt. Kt luar juge ak slalu mnghbiskan duit mkan kt luar.
Mse tu mule la ak pkir mcm nk aply blik jer kmsis tu. Msuk semester 3, farid monitor mse semster 2 dh pn brhnti. Die brhnti ade sbb iaitu die dpat twaran SPA dlm bidang pembantu perubatan. Die dpat plak pulak jauh tmpatnyer kat sarawak. Trpakselah die kalo nk balik melaka kene bli tiket sume. Smbung kepade kelas DEM tdi, undian pn tlah di buat dn akhirnyer ak di plih sbg ketua sbb ak dianggap dkat ngan farid sbgai ketua. Pmbeljaran pada smester ni adalah ok dan semuanya berjlan sprti biasa. Smester 4 plak adalah smster Ltihan Indstri (LI) bgi sume bdak2 poli yg amek diploma ini. Latihan indstri ini mmng bnyak mlatih pelajar untuk mngetahui pengalman dan bgaimana mndapat duit dengn ssahnye.
Aku pade mse tu nasib baik dpat LI dekat dgn umah. Prjlanan prgi keje cume amek mse 15 mnit je naik motor. Kt situ mcam2 pralatan tknikal yang ak blajr. Walaupn ianya kilang besi biasa tpi pengalamn mengimpal pada besi itu mmng sngt2 brgune pada pljar2 poli trutamanya sbb apabila kter dh kluar dri poli, kiter ade kmahiran utk mngimpal dn xprlu lgi blajar lgi. Selama 6 blan di stu, pelbagai dugaan yg ak hadpi trutamanya pde mse hari puasa. Hari yg mmng mncabarkn sbb keje kt situ brat, rse cm nk minum air sgt2 tpi tkpe iman msih tebal, ak truskan gak wat keje cm biase tmbe ilmu sbnyak mngkin kt situ. Stlah mse brlalu utk LI, msuk plak smster baru iaitu sem 5. Mse ni ak dh rse cm xnak blajar je sbb dh pgg duit nk blajar tu cm dh kurng tmbah plak dh lame x mnlis kt krtas. Tpi xpe ak truskan juga blajar mcm biase dn tiada mslah yg ak alami spnjang ak blajar tok sem ni.
Msuk semster 6 dh sgguh brlainan skali. Aku rse mcm mse tu brgrak laju sgt. Rse macm smalam aku bru dftar kt poli tau2 dh nk dkat abes dh ni. Cabran utma dlm sem ni adalah Projek. Aku mmlih kwan tok projek adalah dri orang melake gak. Ia bkan ape cume kurng sket bban nk brgrak bli brang ker, sbb geng dh dkat sng sket nk berurusan. Projek pde kali ni dplih oleh pnyelaras adlah tntang robot pngangkat bongkah yang mmpnyai kelbihan yg trsndiri. Pde mse tklimat prtame projek tu, mmang ak trgamam sket sbab bkan aper, buat rbot bkan snang lar. Kalau inovasi kire ok lgi tpi mmndngkn krsus yg aku amek ni tntng robot jdik ak ngn team trpakse all out nk wat bnde ni. Nak mncari idea tok klbhan tupun msalah gak. Mcam2 bleh pkir tpi ssah nak wat. Last2 bncang punyer bncang ngan team dapt gak wat idea tok klebihan iaitu mltakkan kamera kt ats robot. Kirenyer cam kamera tu mnggantikan mata rbot dan kamera tsbut bleh di lihat trus melalui komputer secara langsng. Stlah hmpir 6 blan buat robot tu hari inovasi pn tibe. Bgi bdak DEM dan DTP klas di gabungkan dan di adakan bersama2. Mse hari prtndingan robot yng kami namekan FIZ-1000 ini tlah lpas dengan bbrape sarngan awal yg prtame. Ini kerane mngkin sbb robot kmi mmpunyai klebihan iaitu lbih laju dripada yang lain. Akhirnya smpai msenye tok final antara robot. Robot kmi akhirnyer mengalah juge krane mengalmi msalah tknikal pada prtndngn akhir. Tpi tkpe dpat naib johan pn kire bngga sbb ia akan ttap jdi knangan slmenyer pada team kami. Usaha yg telah di lakukn selame mmbuat robot ini juge brbaloi dn tdak mmbebankn sngt. Skrang team kmi sdang mmbuat report akhir untk di antr pada penyelaras utk di nilai. Pengalamn sprti ini memng sukar utk ak lupekan.
Sekian, Terima Kasih |
Subscribe to:
Posts (Atom)